SELAMAT DATANG

KE PORTAL GANGGA NEGARA - BLOG UMNO BERUAS

Isnin, 27 Jun 2011

BN = PERKONGSIAN PINTAR, PERKONGSIAN KUASA!

Ramai rakyat terutamanya generasi muda kurang memahami sejarah penubuhan BN sehingga lupa kepada tokoh yang pernah berjasa kepada pembentukan gabungan itu yang kini terbukti berjaya memacu Malaysia ke arah perpaduan kaum serta pembangunan yang lebih jitu.

Rakyat di negara ini sepatutnya terhutang budi kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kerana mengasaskan formula Barisan Nasional (BN) pada 1974 dengan membawa bersama parti pembangkang yang sealiran dengan Perikatan, khususnya di Sarawak dan Sabah untuk berkongsi kuasa.

BN yang sebelum itu dikenali sebagai Perikatan, dimulakan dengan konsep kerajaan campuran di Kelantan, Perak dan Pulau Pinang yang terbukti berhasil sehingga Tun Razak memikirkan langkah seterusnya ke arah kerjasama lebih jitu.

Tun Razak mengajak parti lain terutama pembangkang di Sarawak dan Sabah untuk menyertai Perikatan. Maka lahirlah satu formula politik baru, iaitu BN pada 1 Jun 1974 yang menggabungkan parti politik dalam satu ikatan yang lebih besar.

Tun Razak mencetuskan idea penubuhan BN sekembalinya daripada lawatan ke China. Sebenarnya, penubuhan BN dirangka selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berikutan tercetus kegiatan politik yang keterlaluan ketika itu di kalangan parti politik tanpa memikirkan mengenai kepentingan negara.

Keadaan politik ketika itu tidak stabil dan pada masa yang sama, Tun Razak memikirkan usaha membangunkan negara perlu diteruskan dengan mengajak parti pembangkang yang sehaluan dengan Perikatan supaya mengadakan satu kerjasama untuk terus membangun Malaysia.

Matlamatnya untuk mewujudkan kestabilan politik dan perpaduan kaum yang lebih kuat supaya pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan licin dan terbukti konsep BN diterima rakyat semua kaum apabila BN mencapai kemenangan besar pada pilihan raya 1974.

Kelahiran BN mewujudkan formula politik yang menjadi satu wawasan politik baru Malaysia ketika itu sehingga ia terus mantap sekarang. BN menjadi lebih kuat dan membolehkan kita membangunkan negara dengan lancar dan konsep BN juga berjaya mengurangkan permainan politik keterlaluan. Semua pihak patut berterima kasih kepada Allahyarham Tun Razak atas pandangan jauhnya.

Mungkin ada yang bertanya bukankah formula itu juga hampir sama digunakan sekarang ini untuk konsep perkongsian pintar? Perkongsian pintar yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya sudah wujud ketika Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj menubuhkan Perikatan.

Perkongsian pintar ketika itu adalah antara semua kaum, iaitu orang Melayu melalui UMNO, Cina melalui MCA dan kaum India melalui MIC menubuhkan Perikatan, demi masa depan Malaysia yang aman, stabil dan bersatu padu.

Malaysia tidak boleh diperintah oleh satu kaum saja, semua kaum mesti bekerjasama. Ketika Tunku Abdul Rahman, perkongsian pintar ini diasaskan kepada konsep tolong menolong antara satu sama lain. Ini terbukti dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur dengan UMNO menolong MCA manakala MCA menolong UMNO, kita menang. Kemudian di bawah Tun Razak, misinya perkongsian pintar melalui perkongsian kuasa antara semua parti politik ketika itu.

BN semakin mantap di bawah kepemimpinan Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri ketiga. Di bawah Tun Dr. Mahathir pula, beliau meneruskan konsep kongsi kuasa untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, satu Malaysia yang lebih maju dan lebih berjaya. Dengan itu, lahirlah konsep Wawasan 2020.

Konsep Wawasan 2020 tidak akan berjaya, kalau kita tak teruskan kongsi kuasa dan mewujudkan satu keadilan untuk semua, iaitu saling membantu. Tak kira Melayu, Cina dan India, kita bekerjasama dalam usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Dr. Mahathir sudah berjaya mewujudkan semangat Malaysia yang lebih baik di kalangan rakyat. Oleh itu, kita boleh mencapai banyak kejayaan pada hari ini kerana ada nilai pada rakyat yang menganggap diri masing-masing sebagai orang Malaysia dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

Tanpa kewujudan BN, negara ini akan menghadapi banyak masalah, politik Malaysia akan hancur kerana terlalu bergelumang dengan masalah kaum, agama dan budaya.

Ini akhirnya, akan menjadikan Malaysia seperti negara lain yang mempunyai latar belakang yang sama. Tetapi kita bersyukur kerana melalui formula politik BN, kita dapat menangani isu kaum, agama dan budaya dengan amat berjaya sekali. Apa yang penting, dari awal lagi, kita tidak menganggap kepelbagaian ini sebagai satu kelemahan. Ia satu kekuatan bagi kita untuk terus membangun sebuah negara yang bersatu padu.

Dari awal lagi, orang Barat tak fikir kita boleh menyelesaikan masalah kepelbagaian ini, tetapi kita telah membuktikan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang berbilang agama, kaum dan budaya boleh bekerjasama membina sebuah Malaysia yang maju.

Kalau kita lihat sekarang isu etnik menjadi masalah dunia yang besar akhir abad ini seperti di Amerika, Eropah, Afrika dan akan terus menjadi isu abad ke-21.

BN masih relevan pada abad ke-21 dan tiada pilihan lain di Malaysia. Kalau rakyat Malaysia menghargai keamanan, kedamaian, perpaduan dan kemajuan, semua kaum mesti bekerjasama.

Kerjasama ini mesti melalui tindakan politik seperti mana dibuat melalui Perikatan dahulu, kemudian formula BN. Tidak ada orang lain boleh mewujudkan satu alternatif bagi BN, sebab ia satu ikatan yang lama.

FORMULA BN SUDAH DITERIMA OLEH RAKYAT JELATA SEJAK DUA BELAS KALI PILIHAN RAYA UMUM. KALAU FORMULA ITU TIDAK BAIK, RAKYAT DAH TOLAK LAMA TETAPI SEHINGGA KINI RAKYAT MASIH BERPUAS HATI DAN MEMBERI MANDAT KEPADA BN WALAUPUN KALAH DI LIMA NEGERI.

RAKYAT AKAN TERUS MEMBERI MANDAT KEPADA BN MESKIPUN ADA ORANG CUBA MENUBUHKAN BARISAN ALTERNATIF DAN SETERUSNYA PAKATAN RAKYAT. SEBENARNYA TIADA ALTERNATIF SELAIN DARIPADA BN... KITA HARUS REALISITIK MENGENAINYA.

KEMAMPUAN BN MEMERINTAH DAN MEMAJUKAN NEGARA SUDAH TERBUKTI DAN TERUJI SEJAK 54 TAHUN LALU DAN MELALUI DUA BELAS KALI PILIHAN RAYA UMUM. MEMANG CITA-CITA PEMBANGKANG UNTUK MENJATUHKAN BN DAN CUBAAN ITU DILAKUKAN DALAM SETIAP PILIHAN RAYA, TETAPI GAGAL!!!

Gangga Negara..

2 ulasan:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    BalasPadam
  2. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.

    BalasPadam