SELAMAT DATANG

KE PORTAL GANGGA NEGARA - BLOG UMNO BERUAS

Jumaat, 30 April 2010

Perang saraf : Bukan sesuatu yang mengejutkan!

Abdullah Ahmad Badawi membaca akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan berita mengenai penulis blog Syed Azidi pada sidang akhbar di Institut Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

Perbuatan mewujudkan persepsi sebagai perang saraf demi menunjukkan keburukan dan kelemahan kerajaan bukanlah suatu tindakan yang mengejutkan.

Malah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia merupakan antara strategi dan permainan politik yang diguna pakai oleh pihak pembangkang untuk dilemparkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN).

"Kalaulah betul, saya tidak terkejut dan saya tidak hairan kalau perkara ini berlaku. Itulah permainan politik," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan muzakarah 'Pendekatan Islam Hadhari: Satu Tinjauan anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, hari ini.

Semalam, seorang penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa diarah oleh pemimpin Pas untuk mewujudkan persepsi buruk bagi memburukkan pentadbiran Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Beliau yang juga dikenali sebagai Kickdefella mengakui menerima peruntukan sejumlah RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuk pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain bertujuan menggerakkan satu operasi Gerak Saraf.

Abdullah berkata, sebagai orang politik, beliau sentiasa berhadapan dengan kemungkinan dilemparkan dengan pelbagai tohmahan bagi menghentam dan memburukkan dirinya.

"Persepsi orang terhadap saya macam-macam. Tetapi dalam politik memang begitu. Ahli politik hidup dengan persepsi. Tetapi akhirnya rakyat juga yang menentukan," ujar beliau. Tidak berminat untuk membuat penyiasatan terperinci mengenai dakwaan tersebut, Abdullah juga menegaskan, tidak mahu mengambil sebarang tindakan biarpun beliau boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau berkata, bersedia menerima penjelasan Syed Azidi jika penulis blog itu mahu menemuinya untuk menerangkan mengenai dakwaan tersebut. Dalam pada itu, Abdullah mengharapkan agar Islam Hadhari terus diterima oleh segenap lapisan rakyat supaya dapat menjadi panduan demi kemajuan serta kemakmuran dan keharmonian negara.

Menurutnya, gabungan konsep Islam Hadhari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mewujudkan satu gandingan yang mantap kerana prinsip amalannya adalah untuk kebaikan dan kemajuan bersama.

Pada muzakarah tersebut, sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan masing-masing oleh Timbalan Ketua Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS), Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar; Profesor, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Tan Sri. Dr. Mohd. Kamal Hassan dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Ia bertujuan untuk meninjau pendekatan Islam Hadhari di negara ini serta mengemukakan kaedah terbaik dalam penambahbaikan pelaksanaan pendekatannya.

Gangga Negara..

Rabu, 28 April 2010

Nizar Talibarut Bintang 3 Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum!



TUDUHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH NIZAR JAMALUDDIN DALAM VIDEO TERSEBUT ADALAH SANGAT MERBAHAYA DAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI BERBAU HASUTAN. IANYA DI KHUATIRI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN DAN HURU HARA DIDALAM NEGARA.

NIZAR MENDAKWA BAHAWA DATUK SERI NAJIB PERNAH BERKATA:

" KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA "

" KITA MESTI BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR DENGAN DARAH CINA "


DI MINTA PIHAK KESELAMATAN DAN KDN DAPAT BERTINDAK DENGAN KADAR SEGERA TERHADAP MANUSIA YANG GILA TALAK JAWATAN MB INI.

JANGAN SAMPAI ADA PERGADUHAN ANTARA KAUM TERCETUS AKIBAT TINDAKAN TIDAK BERMORAL NIZAR JAMALUDIN YANG MENYENTUH ISU YANG SANGAT SENSITIF TERHADAP ORANG CINA DEMI UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK.

TANGKAP SEBELUM TERLAMBAT....!

JIKA DIBIARKAN, ORANG CINA DI SIBU JUGA AKAN TERPENGARUH LALU MEMBENCI BARISAN NASIONAL KERANA FITNAH DAHSYAT INI.

Gangga Negara..

Isnin, 26 April 2010

Hulu Selangor: Kemenangan BN bukti dasar Najib diterima rakyat!

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam menunjukkan dasar-dasar yang diumumkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima oleh rakyat. Ia juga membuktikan gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru turut diterima. Walaupun ada yang berkata penerimaan itu tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia, namun ia sebenarnya adalah satu permulaan yang baik bagi kerajaan Najib.

Ia juga membuktikan bahawa pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih antara kaca dan permata. Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, pengundi di kawasan itu menolak calon BN, Datuk G. Palanivel kerana terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sepanjang kempen PRU Ke-12, namun semalam pengundi yang sama menolak calon PKR kerana menyifatkan perjuangan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada hala tuju yang jelas, selain merasakan mereka telah ditipu apabila segala yang dijanjikan dalam kempen tersebut tidak ditunaikan.

Mungkin pengundi Hulu Selangor mula kecewa dengan PKR kerana para pemimpinnya tidak pernah jemu menabur fitnah terhadap kerajaan BN. Malah, dilaporkan menjelang tarikh akhir berkempen pada tengah malam, 24 April lalu, risalah-risalah fitnah sempat ditabur di beberapa lokasi panas di Hulu Selangor.

Sesungguhnya Allah SWT itu maha adil. Fitnah yang dilemparkan itu memakan diri apabila penduduk Hulu Selangor menolak calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Apatah lagi, peribadi Zaid yang didedahkan oleh media alternatif sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Sebaliknya, kerajaan Najib tetap bersama penduduk Hulu Selangor walaupun ketika wakil rakyat kawasan itu dari PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad masih berkhidmat.

Dari awal lagi, Najib menunjukkan keprihatinan terhadap masalah penduduk Hulu Selangor, misalnya meninjau sendiri masalah penduduk yang mendiami pangsapuri kos rendah di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung pada 9 Januari 2010. Pendekatan mesra rakyat yang ditunjukkan itu telah membuahkan hasil di Hulu Selangor.

Syabas kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat. Nampaknya, mereka tidak sanggup lagi hidup di bawah pimpinan PKR yang semakin kucar kacir sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya, pakatan pembangkang awal-awal lagi telah menempah 'tiket kekalahan' apabila memilih Zaid yang mempunyai pelbagai kisah yang sudah diketahui umum termasuk rakan-rakan pakatan PKR iaitu DAP dan Pas.

Namun atas semangat setiakawan, Pas terpaksa menerima Zaid dan mengharungi kempen pilihan raya kecil itu dalam keadaan sukar.

Pas yang selama ini berjuang untuk menjaga kesucian agama Islam terpaksa mengikut rentak tari yang dimainkan oleh DAP dan PKR. Akhirnya tindakan Pas itu memakan diri apabila 20 ahlinya di Hulu Selangor keluar parti pada 23 April lalu. Mereka kecewa melihat struktur Pas yang lemah.

Kini keputusan rasmi telah pun dikeluarkan dan Hulu Selangor kembali kepangkuan wakil rakyat BN. Justeru semua parti komponen terutama UMNO, MIC dan MCA perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa apa yang dijanjikan dapat ditunaikan.

Konsep pendekatan mesra rakyat mesti diteruskan memandangkan PRU Ke-13 akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dari sekarang.

Pihak yang kalah pula harus menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana dalam setiap pertandingan, pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Kepada BN dan P. Kamalanathan selamat bertugas.

Gangga Negara

Khamis, 22 April 2010

P94 Hulu Selangor : Ramai lagi akan keluar PKR - Zambry

Lebih ramai pemimpin serta ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini akan mengikut jejak dua pemimpin wanitanya keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, tindakan itu diambil kerana pemimpin PKR kini sudah hilang kepercayaan terhadap parti tersebut sebaliknya yakin konsep dibawa Barisan Nasional (BN).

"Saya tahu ada ramai lagi yang hendak keluar (dari PKR) tetapi mungkin masa yang akan menentukan. "Saya ucap terima kasih kepada mereka kerana telah sedar dan kita patut alu-alukan mereka," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ketua Penerangan Wanita PKR negeri, Suraya Sulaiman dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Wanita PKR negeri, Roshanita Mohd. Basir yang keluar parti itu dan menyertai UMNO semalam.

Dalam pada itu, diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sekali lagi melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara, Zambry berkata;

"Saya yakin apa disebut oleh Timbalan Perdana Menteri itu ada asasnya kerana jika tidak, takkan beliau hendak sebut begitu."

Jom Pakat Keluar Ramai-ramai!

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN )

Gangga Negara


Selasa, 20 April 2010

Adab penentu jatuh bangun negara - Raja Nazrin Shah

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, adab bukan sahaja berperanan besar dalam membentuk sebuah masyarakat, malah melahirkan sebuah negara bangsa yang stabil lagi makmur.

Titah baginda, kuasa dan sumber yang diuruskan oleh individu yang tidak memahami idea induk atau adab luhur, akan menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan pembaziran sumber selain suasana kekeliruan intelek serta moral.

Tegas baginda, jika berlaku masalah salah urus sumber, ia akan mengakibatkan kemiskinan berpanjangan dan kemusnahan institusi-institusi penting. "Justeru, adab adalah penentu terhadap jatuh bangunnya pemimpin, bangsa dan negara.

"Adab memperingati bahawa taraf kemuliaan seseorang itu bukan ditentukan oleh faktor-faktor kuasa, kekayaan mahupun keturunan tetapi ditentukan oleh kriteria-kriteria yang terkandung di dalam al-Quran dari segi pengetahuan, kecerdasan otak dan sifat murni," titah Raja Nazrin. Raja Nazrin bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-82 Sultan Perak di sini hari ini.

Baginda menarik perhatian, usaha raja-raja Melayu memperkenalkan sistem pemerintahan dengan berlandaskan adab dan tertib telah berjaya membina satu budaya yang halus dan ketamadunan tinggi.

"Istiadat yang berlangsung pada pagi ini adalah satu cerminan kehalusan budaya dan satu bayangan ketinggian tamadun yang telah lama terbina. "Amatlah penting bagi seseorang insan memahami kedudukan masing-masing menurut urutan adab. Bahawa adab itu adalah ketertiban budi atau intellectual discipline," titah baginda.

Adab, titah baginda merangkumi elemen-elemen kemanusiaan, kebajikan, kasih sayang serta sifat menghormati ibu bapa, orang tua, kanak-kanak, jiran tetangga dan menghormati pemimpin. Baginda menjelaskan malangnya elemen-elemen kurang beradab hingga mencetuskan berlakunya kelakuan tidak beradat semakin hari semakin jelas kelihatan.

"Ia bukan lagi dicerminkan melalui perangai dan tingkah laku anak-anak yang belum mencapai usia baligh, tetapi lebih memalukan ia turut dilakukan oleh insan-insan dewasa berjawatan besar - berjawatan penting, berkelulusan tinggi - berkelayakan profesional.


"Ia bukan berlaku di tepi-tepi jalan atau di pasar-pasar, tetapi turut berlaku di tempat-tempat yang sepatutnya mencerminkan setinggi tertib dan sehalus budi," tegas baginda.

Baginda turut melontarkan persoalan tentang rupa bentuk negara bangsa yang akan terbina nanti sekiranya elemen adab dan adat sudah tidak lagi dititikberatkan di kalangan warganya. "Adakah lengkap ukuran sebuah negara maju - sebuah negara kaya, jika warganya mundur dengan adab dan miskin adat," titah baginda.

Justeru baginda berharap, penting bagi negara, masyarakat serta individu untuk memberikan perhatian utama pada elemen adab dan adat dalam program membangunkan modal insan supaya insan yang dibangunkan kelak seimbang dengan kemajuan dicapai negara. Terdahulu, dalam titahnya, baginda bertekad mempertahankan kedaulatan Sultan Perak daripada sebarang usaha atau tindakan berunsur menghina serta meruntuhkan sistem berkerajaan sedia ada.

Pada masa sama, Raja Nazrin yang turut mewakili kerabat lain mengulangi ikrar taat setia dalam membantu Sultan Perak memenuhi amanah serta tanggungjawab sebagai raja pemerintah di negeri ini. "Di samping setiap seorang bertekad dan sekaliannya berazam untuk seia sekata mempertahankan kedaulatan raja pemerintah dari sebarang usaha dan tindakan berunsur menghina apatah lagi bertujuan meruntuhkan sistem berkerajaan dan bernegara yang telah lama bertunjang dan berakar di bumi Melayu ini," titah baginda.

Titah Raja Nazrin, kedudukan raja-raja Melayu telah terpahat di tinta sejarah sebagai raja yang berdaulat dan kerajaan berpaksikan raja itu telah membina tamadun negara bangsa selain melaksanakan sistem pemerintahan yang membawa kemakmuran. Kemakmuran itu, titah baginda, bukan sahaja dinikmati rakyat pribumi tetapi juga mereka yang memilih untuk berhijrah ke bumi ini dan tertakluk di bawah naungan serta adat resam sedia ada.

DAULAT TUANKU!

Gangga Negara

Isnin, 19 April 2010

Daulat Tuanku!

Patik dan seluruh warga UMNO Bahagian Beruas menjunjung kasih kebawah duli dan mengucapkan selamat menyambut ulangtahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Kami mendoakan semuga Allah s.w.t menganugerahkan kesihatan ke bawah duli Tuanku sekeluarga. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
UMNO Bahagian Beruas
Gangga Negara

Isnin, 12 April 2010

JK fatwa Perak bantah JK antara agama!

Jawatankuasa Fatwa Perak yang bersidang dari Selasa hingga Khamis lalu membantah penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang diluluskan jemaah menteri.

Pengerusinya yang juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam.

Harussani berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Februari lalu itu diketuai bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak.

Ia bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama, termasuk pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan.

Sebelum ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata orang ramai tidak perlu bimbang berhubung peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon (kiri) yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Antara Agama itu, kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan pertikaian berkaitan agama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata jawatankuasa itu berperanan untuk memberi ruang dalam usaha mewujudkan persefahaman dan perpaduan di antara kaum dan agama di negara ini.

Gangga Negara..

Ahad, 11 April 2010

Perak batal kelulusan balak!

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan negeri akan membatalkan kelulusan kawasan pembalakan jika ia didapati menyebabkan masalah kepada kawasan hutan tadahan air dan juga penduduk sekitar.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa peka terhadap isu alam sekitar dan bersedia mendengar aduan daripada masyarakat yang khuatir pembalakan yang dijalankan menjejaskan kawasan mereka.

"Rakyat tidak perlu bimbang kerana sesuatu kawasan yang diberikan kelulusan untuk membalak boleh dibatalkan jika menimbulkan masalah kepada penduduk berdekatan terutama di kawasan tadahan air," katanya selepas majlis pengislaman 46 masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Raba, Air Banun dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan penduduk beberapa buah kampung sekitar Kuak Hulu di Pengkalan Hulu yang bimbang punca air dari bukit yang mereka gunakan sebagai bekalan air akan kering jika kerajaan membenarkan kawasan seluas 300 ekar berdekatan bukit berkenaan dibalak.

Katanya lagi, rungutan penduduk terbabit telah diterima dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diminta menjalankan kajian mengenai perkara berkenaan. Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta tahun ini bagi program pembangunan masyarakat Orang Asli.

Beliau berharap masyarakat Orang Asli di Perak dapat memanfaatkan pelbagai program pembangunan yang telah dilaksanakan bertujuan meningkatkan taraf hidup dan peluang latihan kepada generasi muda.

Turut hadir bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbullah Osman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Sheikh Mohd. Nor Mansor Al Hafiz.

Berucap merasmikan surau Al Fath di kampung itu sebelumnya, Zambry meminta Jabatan Agama Islam Perak meningkatkan program ilmu di kalangan saudara baru bagi mengelak mereka kembali kepada kepercayaan lama akibat tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya.

Gangga Negara..

Jumaat, 9 April 2010

Polis tetap rekod kenyataan Koo Ham!

Polis akan merekodkan kenyataan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham sebaik sahaja wakil rakyat pembangkang itu kembali daripada menghadiri sidang Parlimen esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis akan memberi peluang kepada Koo Ham untuk berbuat demikian walaupun tempoh arahan hadir memberi keterangan tamat hari ini. Saya diberitahu beliau (Koo Ham) sekarang berada di Kuala Lumpur menghadiri sidang Parlimen.

"Kita tidak mahu dikatakan tidak bertolak ansur. Jadi polis akan memberi peluang kepada beliau untuk selesaikan dulu urusan di Parlimen dan sebaik sahaja balik, kita akan panggil beliau untuk direkodkan kenyataan," katanya ketika ditemui pada program derma darah sempena Hari Polis Ke-203 di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, selain Koo Ham, beberapa saksi lain akan turut dipanggil bagi melengkapkan siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akhir bulan lalu sehingga memburukkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selasa lalu, polis sudah mengeluarkan notis arahan hadir yang meminta Koo Ham memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Jika enggan memberi kerjasama, tindakan susulan akan dikenakan termasuk mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

Menurut Zulkifli, sebaik sahaja siasatan selesai, ia akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk membuat keputusan. "Polis akan merekodkan kenyataan beliau dan akan mengumpulkan fakta untuk tindakan lanjut. "Kita tengoklah nanti apa keputusan yang diperoleh. Buat masa ini saya tidak mahu campur tangan dengan siasatan. Biarlah pegawai penyiasat yang menjalankan tugas mereka," katanya.

Apa yang dapat Gangga katakan adalah Mamat ini memang SAMSENG!

Gangga Negara...

Isnin, 5 April 2010

DAP ‘alergi’ perkataan Melayu!

Tindak tanduk pembangkang terutamanya DAP yang sering mempertikaikan usaha kerajaan membela nasib bumiputera membayangkan seolah-olah parti itu alergi atau alah dengan perkataan Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sedangkan setiap penerima bantuan kerajaan tidak harus dilihat pada warna kulit kerana semua rakyat yang memerlukan akan dibantu.

“DAP kata kita rasis bila menolong kaum Melayu. Namun, kerajaan menghulurkan bantuan kepada semua rakyat yang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman mereka. “Perlu difahami, lebih separuh penduduk Malaysia ialah golongan bumiputera dan ramai pula yang memerlukan bantuan dan pembelaan ialah orang Melayu.

‘‘Maka sebab itu lebih ramai kaum Melayu yang menerima bantuan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini. Dalam pada itu, Mohd. Ali menegaskan tidak perlu untuk mana-mana pihak mengungkit mengenai bangsa atau warna kulit rakyat yang menerima bantuan kerajaan.

“Jangan ada rasa dengki terhadap golongan miskin yang mendapat bantuan semata-mata kerana bangsanya berbeza dengan kita. “Kerajaan akan terus membela yang susah dan miskin. Cuma kebetulan sahaja lebih ramai orang Melayu yang memerlukan bantuan tapi bukannya mereka sahaja yang menerima bantuan kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Ali turut mengutuk tingkah laku wakil rakyat pembangkang yang berterusan menimbulkan kekecohan ketika persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Gangga Negara.

Sabtu, 3 April 2010

Lucutkan darjah pembangkang Perak!

Kebiadapan seorang bekas MB terhadap Rajanya! Adakah ini caranya seorang yang menggelar dirinya 'melayu' berinteraksi dengan seorang Raja dimana tahap Raja-raja di pandang enteng macam kawan-kawan sendiri. Bukankah ini dinamakan 'kurang ajar'!

Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta supaya darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada wakil rakyat pembangkang ditarik balik.

Memorandum bersama Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) dan 10 NGO itu diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO negeri, Maslin Sham Razman kepada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Shamsul Baharin di Istana Kinta di sini.

Terdahulu, hampir 100 ahli Pemuda UMNO, parti komponen BN serta NGO seperti Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Perak, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Anak Muda Perak dan Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak (Kami) berhimpun di Bangunan UMNO Perak di sini pada pukul 2.30 petang.

Pada mulanya mereka merancang untuk berarak beramai-ramai ke Istana Kinta bagi menyerahkan memorandum tersebut tetapi kemudian membatalkan hasrat tersebut atas nasihat polis. Polis hanya membenarkan 15 orang pergi ke Istana Kinta sebagai mewakili kumpulan berkenaan.


Dalam sidang akhbar yang diadakan di Bangunan UMNO negeri, Maslin Sham berkata, memorandum itu diserahkan kerana tindakan pembangkang yang menderhaka kepada Sultan Perak apabila berterusan mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar.

''Pergerakan Pemuda UMNO, BN serta NGO-NGO di Perak juga mempertikaikan kesetiaan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan kata-kata beliau iaitu 'patik mohon derhaka'," katanya.

Sementara itu, Setiausaha MAYC Perak, Ahmad Ansor Muhd. Rivai Batubara berkata, golongan belia di negeri ini sudah jelak dengan tindakan pembangkang yang berpolitik sepanjang masa.
''Kita harap pembangkang dapat hentikan aktiviti-aktiviti untuk mencetuskan huru hara dan jika diteruskan, golongan belia pasti menolak pakatan pembangkang," katanya.

Gangga Negara

Khamis, 1 April 2010

SEPERTI biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang. Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.

Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang. Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri.

Akhirnya, tanpa disuruh, dengan perlahan-lahan mengambil beg masing-masing, berjalan keluar Dewan secara beramai-ramai. Sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang ini hakikatnya jelas hanya mempermainkan hasrat dan harapan rakyat. Dalam hal ini DUN bukanlah tempat untuk menunjuk lagak atau lakonan hebat, sebaliknya tempat menentukan nasib rakyat.

Rakyat mengundi mereka dengan harapan setinggi gunung agar dapat bersama-sama membantu menggapai bintang-bintang di langit. Malangnya semakin hari semakin jelas bahawa bintang-bintang yang diharap bukan sahaja kian menjauh malah bertambah kelam. Dengan sikap dan perangai yang dipertontonkan sejak pembangkang kehilangan kuasa di Perak, apakah ada lagi harapan rakyat yang menggunung ini?

Tiada salahnya tugas pembangkang kerana itu adalah saluran terbaik untuk menjadi pengimbang kepada kerajaan sedia ada. Malangnya, peranan murni pembangkang ini tidak difahami oleh kebanyakan wakil rakyat pembangkang itu sendiri. Akhirnya, jadilah apa yang disaksikan semalam apabila pembangkang hanya tahu membangkang sehingga kewarasan berfikir dan matlamat asal menjadi wakil rakyat semakin terpinggir.

Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka. Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun. - UM

Gangga Negara

ADUN Pembangkang Semakin Biadap!

Nizar hadir hari ini tanpa kalung Darjah SPMP .Tetapi hairannya Nizar, Ngeh, Nga dan Sivanesan memakai songkok yang daripada segi protokolnya hanya boleh dipakai oleh MB dan Exco

Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin datang ke Sidang DUN pagi tadi tanpa mengenakan pakaian yang lengkap dengan anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang diterimanya dari DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Darjah SPMP yang membawa gelaran Dato' Seri diterima Nizar pada 2008 ketika beliau menjawat jawatan Menteri Besar, sepatutnya dipakai berserta kalung di badan dan bintang disangkut di tengah poket kiri.

Nizar dan pakaian lengkap Dato' Seri

Ini bukan kali pertama Nizar hadir sebegitu dalam majlis rasmi melibatkan keberangkatan DYMM Sultan Perak ataupun DYTM Raja Muda. Dalam sidang yang kecoh pada 7 Mei 2009, Nizar hadir tanpa memakai selepang.


Nizar hadir pada Sidang DUN tanpa selepang pada 7 Mei 2009

Agak menghairankan kenapakah beliau tidak mengenakan pakaian lengkap dengan bintang kebesaran seperti diwajibkan sebagai tanda penghormatan terhadap anugerah yang diterima daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Tidak pula dapat dipastikan sejauh mana Nizar menghargai anugerah DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Jawapannya hanya ada pada diri Nizar sendiri. Kita hanya melihat dan membuat penilaian luar tanpa banyak prasangka. - Wanga Setia.

Gangga Negara : Kalau sebelum ini Nizar sanggup memohon ' derhaka ' terhadap Baginda Sultan Perak, maka tidak hairan jika kita lihat perangai beliau makin hari semakin teruk. Talibarut DAP ini masih lagi tidak mahu menghormati keputusan Mahkamah yang telah menetapkan bahawa Dato' Dr. Zambry adalah MB Perak yang sah.

Dilihat beliau cuba membuat onar dan provokasi untuk mencemar ke bawah duli Sultan Perak dan kerabat diraja Perak darul Ridzuan. Ini lah sikap manusia yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah mereka dapat sebelum ini dan sebagai seorang yang mengaku dirinya ISLAM, agak memalukan jika beliau tidak dapat menerima Qada dan Qadar! Wallahuallam.

Gangga Negara