SELAMAT DATANG

KE PORTAL GANGGA NEGARA - BLOG UMNO BERUAS


Isnin, 29 Mac 2010

Ane Sivakumar Meroyan Lagi : MB Perak Tidak Boleh Hadir Sidang DUN 30 Mac ini!

Ayo yo macha Sivakumar. Yen na dei macha. Lu apa cerita sekarang macha? Jangan jadi macam monkey dapat bunga la macha! Jangan ingat lu lawyer, sekarang mau jadi "loyar burok" pulak macha!.. Ayo yo...!

V. Sivakumar hari ini berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak boleh menghadiri sidang DUN pada 30 Mac ini kerana tempoh penggantungannya daripada menghadiri mesyuarat masih belum berakhir.

“Dr Zambry telah digantung selama 18 bulan manakala enam anggota exco selama 12 bulan...tempoh penggantungan enam anggota exco telah berakhir bulan ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak di sini.Sivakumar yang juga ADUN Tronoh berkata penggantungan Zambry yang berkuatkuasa sejak 3 Mac 2009 masih berjalan tetapi enam lagi exco yang digantung selama 12 bulan itu sudah tamat tempoh penggantungan dan akan dibenarkan hadir.

Sivakumar mendakwa beliau masih Speaker yang sah dan telah menghantar notis menghadiri Sidang DUN pada 30 Mac ini kepada semua Adun Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang kecuali Zambry dan tiga Adun Bebas.

“Tiga katak (ADUN Bebas) tidak dipanggil menghadiri Sidang DUN kali ini kerana saya sudah menerima surat peletakan jawatan mereka pada Februari 2009... mahkamah masih belum memutuskan sama ada mereka masih wakil rakyat yang sah kerana semakan kehakiman yang difailkan oleh saya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum dibicara,” katanya.

Beliau berkata penggantungan Zambry dan enam anggota exco oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah disahkan pada 3 Mac oleh Sidang DUN yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mengenai kedudukan Speaker Datuk R. Ganesan, Sivakumar mengulangi bahawa pelantikan Ganesan adalah tidak sah kerana tidak dibuat mengikut peraturan.

Katanya, usul pelucutan Speaker dan usul pelantikan Speaker baru telah beliau tolak iaitu sehari sebelum Sidang DUN 7 Mei 2009, jadi mengikut peraturan sidang, usul berkenaan tidak berbangkit.Katanya, pelantikan Ganesan juga dibuat sebelum titah perasmian oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan itu bermakna peraturan mesyuarat telah dilanggar kerana perkara pertama dalam sidang perasmian ialah titah perasmian dan agenda lain adalah selepasnya.

Sivakumar berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang mengatakan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah atau ketua eksekutif tetapi jawatan beliau sebagai Ketua Legislatif tidak berubah dan oleh itu akan terus menjalankan tugas sebagai Speaker. BN mempunyai 28 ADUN serta tiga ADUN bebas yang menyokongnya manakala PR mempunyai 28 ADUN dalam DUN Perak.

Hahaha..Macha Siva, macam ini lah macha. Kalau lu mau itu kerusi speaker juga tarak apa macha. Nanti kita buat satu kerusi cantik-cantik punya, kemudian kita letak bawah pokok sana. Lu boleh duduk sana nanti dan kita akan pasang satu speaker buat lu lah macha Siva. Tarak cukup satu speaker kita boleh pasang dua ka, tiga ka atau berapa lu mau " speaker " pun kita kasi pasang jugak. Tapi itu " Speaker Dewan " tak boleh lah macha...al right macha...ada faham ka macha!!!!

Gangga Negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan