SELAMAT DATANG

KE PORTAL GANGGA NEGARA - BLOG UMNO BERUAS

Jumaat, 9 April 2010

Polis tetap rekod kenyataan Koo Ham!

Polis akan merekodkan kenyataan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham sebaik sahaja wakil rakyat pembangkang itu kembali daripada menghadiri sidang Parlimen esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis akan memberi peluang kepada Koo Ham untuk berbuat demikian walaupun tempoh arahan hadir memberi keterangan tamat hari ini. Saya diberitahu beliau (Koo Ham) sekarang berada di Kuala Lumpur menghadiri sidang Parlimen.

"Kita tidak mahu dikatakan tidak bertolak ansur. Jadi polis akan memberi peluang kepada beliau untuk selesaikan dulu urusan di Parlimen dan sebaik sahaja balik, kita akan panggil beliau untuk direkodkan kenyataan," katanya ketika ditemui pada program derma darah sempena Hari Polis Ke-203 di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, selain Koo Ham, beberapa saksi lain akan turut dipanggil bagi melengkapkan siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akhir bulan lalu sehingga memburukkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selasa lalu, polis sudah mengeluarkan notis arahan hadir yang meminta Koo Ham memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Jika enggan memberi kerjasama, tindakan susulan akan dikenakan termasuk mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

Menurut Zulkifli, sebaik sahaja siasatan selesai, ia akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk membuat keputusan. "Polis akan merekodkan kenyataan beliau dan akan mengumpulkan fakta untuk tindakan lanjut. "Kita tengoklah nanti apa keputusan yang diperoleh. Buat masa ini saya tidak mahu campur tangan dengan siasatan. Biarlah pegawai penyiasat yang menjalankan tugas mereka," katanya.

Apa yang dapat Gangga katakan adalah Mamat ini memang SAMSENG!

Gangga Negara...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan