SELAMAT DATANG

KE PORTAL GANGGA NEGARA - BLOG UMNO BERUAS


Sabtu, 3 April 2010

Lucutkan darjah pembangkang Perak!

Kebiadapan seorang bekas MB terhadap Rajanya! Adakah ini caranya seorang yang menggelar dirinya 'melayu' berinteraksi dengan seorang Raja dimana tahap Raja-raja di pandang enteng macam kawan-kawan sendiri. Bukankah ini dinamakan 'kurang ajar'!

Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta supaya darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada wakil rakyat pembangkang ditarik balik.

Memorandum bersama Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) dan 10 NGO itu diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO negeri, Maslin Sham Razman kepada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Shamsul Baharin di Istana Kinta di sini.

Terdahulu, hampir 100 ahli Pemuda UMNO, parti komponen BN serta NGO seperti Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Perak, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Anak Muda Perak dan Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak (Kami) berhimpun di Bangunan UMNO Perak di sini pada pukul 2.30 petang.

Pada mulanya mereka merancang untuk berarak beramai-ramai ke Istana Kinta bagi menyerahkan memorandum tersebut tetapi kemudian membatalkan hasrat tersebut atas nasihat polis. Polis hanya membenarkan 15 orang pergi ke Istana Kinta sebagai mewakili kumpulan berkenaan.


Dalam sidang akhbar yang diadakan di Bangunan UMNO negeri, Maslin Sham berkata, memorandum itu diserahkan kerana tindakan pembangkang yang menderhaka kepada Sultan Perak apabila berterusan mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar.

''Pergerakan Pemuda UMNO, BN serta NGO-NGO di Perak juga mempertikaikan kesetiaan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan kata-kata beliau iaitu 'patik mohon derhaka'," katanya.

Sementara itu, Setiausaha MAYC Perak, Ahmad Ansor Muhd. Rivai Batubara berkata, golongan belia di negeri ini sudah jelak dengan tindakan pembangkang yang berpolitik sepanjang masa.
''Kita harap pembangkang dapat hentikan aktiviti-aktiviti untuk mencetuskan huru hara dan jika diteruskan, golongan belia pasti menolak pakatan pembangkang," katanya.

Gangga Negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan