Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin datang ke Sidang DUN pagi tadi tanpa mengenakan pakaian yang lengkap dengan anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang diterimanya dari DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Darjah SPMP yang membawa gelaran Dato' Seri diterima Nizar pada 2008 ketika beliau menjawat jawatan Menteri Besar, sepatutnya dipakai berserta kalung di badan dan bintang disangkut di tengah poket kiri.
Ini bukan kali pertama Nizar hadir sebegitu dalam majlis rasmi melibatkan keberangkatan DYMM Sultan Perak ataupun DYTM Raja Muda. Dalam sidang yang kecoh pada 7 Mei 2009, Nizar hadir tanpa memakai selepang.

Agak menghairankan kenapakah beliau tidak mengenakan pakaian lengkap dengan bintang kebesaran seperti diwajibkan sebagai tanda penghormatan terhadap anugerah yang diterima daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Tidak pula dapat dipastikan sejauh mana Nizar menghargai anugerah DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Jawapannya hanya ada pada diri Nizar sendiri. Kita hanya melihat dan membuat penilaian luar tanpa banyak prasangka. - Wanga Setia.
Gangga Negara : Kalau sebelum ini Nizar sanggup memohon ' derhaka ' terhadap Baginda Sultan Perak, maka tidak hairan jika kita lihat perangai beliau makin hari semakin teruk. Talibarut DAP ini masih lagi tidak mahu menghormati keputusan Mahkamah yang telah menetapkan bahawa Dato' Dr. Zambry adalah MB Perak yang sah.
Dilihat beliau cuba membuat onar dan provokasi untuk mencemar ke bawah duli Sultan Perak dan kerabat diraja Perak darul Ridzuan. Ini lah sikap manusia yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah mereka dapat sebelum ini dan sebagai seorang yang mengaku dirinya ISLAM, agak memalukan jika beliau tidak dapat menerima Qada dan Qadar! Wallahuallam.
Gangga Negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan