SELAMAT DATANG

KE PORTAL GANGGA NEGARA - BLOG UMNO BERUAS


Sabtu, 24 Julai 2010

Adakah Old Town White Coffee Kopitiam halal?

Kini sudah jelas terpampang di dada media massa bahawa Old Town White Coffee Kopitiam tidak mempunyai sijil halal. Telah jelas juga dihebohkan bahawa hanya 2 kopitiam yang mempunyai sijil halal iaitu Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd. dan Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. Maklumat ini akan diperolehi sekiranya kopitiam dicari di direktori halal.

Walaupun demikian, logo halal masih digunakan oleh Old Town White Coffee Kopitiam. Ini menyebabkan kekeliruan di pihak pengguna. Jadi, bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

Carian di direktori halal JAKIM memang tidak akan memaparkan Old Town White Coffee Kopitiam sebagai halal. Walaubagaimanapun, Old Town White Coffee Kopitiam didaftarkan di bawah syarikat White Cafe Sdn. Bhd. Jika carian dilakukan, keputusan berikut akan diperolehi:

Old Town White Coffee ada dalam senarai halal JAKIM. Jadi, apakah yang digembar-gemburkan sekarang ini yang Old Town White Coffee Kopitiam tidak halal?Sebenarnya, senarai tadi tidak lengkap kerana tidak menyenaraikan secara penuh produk2 yang halal. Jika diteliti sijil halal yang didapati di website Old Town White Coffee http://www.oldtown.com.my/, produk2 yang disenaraikan sebagai halal terdiri daripada sebahagian minuman yang disajikan di Old Town White Coffee Kopitiam. Sijil tersebut boleh dilihat di website itu di tab "Our BUSINESS" di bahagian "Our Laurels". Ini adalah gambarnya:

Daripada maklumat ini, logo halal JAKIM yang digunakan pada iklan2nya adalah bersandarkan kepada sijil ini.

Sebagai pengguna muslim, perkara ini boleh dilihat sebagai satu helah untuk menarik pelanggan2 yang beragama islam menjamu selera di restoran berkenaan. Lantaran itu, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih tempat menjamu selera.

Kesimpulannya, Old Town White Coffee Kopitiam hanya mempunyai sijil halal untuk minuman sahaja. Pengguna2 muslim seharusnya memilih tempat yang lebih sesuai iaitu restoran2 yang mempunyai sijil halal untuk semua minuman dan makanan yang disajikan.

Untuk semakan Status Sijil Halal JAKIM. Periksa status sijil halal JAKIM dengan menggunakan barcode, nama produk atau nama syarikat dengan klik di http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW

Sentiasa mencari yang halal.

Sumber : http://www.jurnalhalal.com

Gangga Negara..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan